Friday, August 27, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman..

Terlebih dahulu salam perkenalan saya hulurkan buat anda semua yang sudi melawat blog saya ini. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi maklumat dan tips buat anda semua yang berminat untuk menjadi usahawan internet. Sebelum saya menulis lebih panjang lagi, izinkan saya ceritakan serba sedikit tentang diri saya untuk memberi ruang kepada anda semua untuk mengenali diri saya dengan lebih dekat lagi. Nama penuh saya Noor Wahida Ibrahim. Saya dilahirkan pada 20 Ogos 1984. Saya sekarang menetap di Kelantan (anak jati kelantan..huhu..). Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Redang dan Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan. Kemudian saya menyambung pengajian saya ke Universiti Teknologi Mara dalam bidang diploma Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik)..

Nampaknya masa berlalu agak pantas. Bagaimana dengan azam anda pada tahun ini? Adakah azam itu sudah terlaksana? Apapun, saya tetap mendoakan semoga anda berjaya mencapai azam yang diimpikan selama ini. Bagi saya pula, pada tahun ini banyak perkara baru yang dicapai yang tidak pernah dijangkakan sebelum ini. Alhamdulillah, ALLAH swt mempermudahkan segala urusan saya untuk bergelar usahawan terutamanya dalam bidang perniagaan internet. Saya boleh dikatakan masih baru lagi dalam bidang perniagaan internet ini. Tapi alhamdulillah, hasil bimbingan usahawan-usahawan internet yang lain, saya sudah mula berani melibatkan diri dalam bidang ini yang kebanyakannya dipelopori oleh kaum adam. Saya merupakan perantis siswazah di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Kebanyakan daripada usahawan-usahawan internet yang sudah berjaya,mereka bermula daripada peringkat bawah dahulu sebelum berjaya sehingga hari ini. Untuk berjaya, seorang usahawan internet perlu mempunyai matlamat yang betul dan jelas. Sebagai seorang usahawan internet, seseorang individu itu perlulah mempunyai kesanggupan melakukan pengorbanan, memandang masa depan yang jelas, bersemangat dan berkeinginan untuk berjaya, berfikiran positif, dan berani membuat keputusan. Dan yang paling penting bertakwa kepada ALLAH swt dengan mengangkatNya menjadi Petunjuk, Pembimbing dan Pemerhati kepada aktiviti perniagaan kita.

Agak lama juga tidak meng’update’ entri kat blog kesayangan ini. Mungkin, sejak kebelakangan ini, komitmen terhadap urusan lain semakin bertambah, sehingga untuk meluangkan masa menulis sesuatu di blog ini terpaksa ditangguhkan. Kebelakangan ini saya sibuk menguruskan blog Fabrik Unik, Batik Sutera Asli dan Buku-buku keluaran Telaga Biru saya di Galeri Wahida Blog Galeri Wahida itu sebenarnya blog asal Wahida Ibrahim ini..saya terpaksa tukar disebabkan nama Galeri Wahida itu lebih sesuai untuk Galeri Fabrik Unik, Batik Sutera Asli dan Buku Ilmiah.. Alhamdulillah, blog itu dirasmikan pada 30 Ogos 2010, jumlah pelawat blog Galeri Wahida semakin bertambah dari hari ke sehari.

Bulan-bulan yang lalu yang telah kita tinggalkan telah melakar banyak peristiwa penting dalam ‘karier’ saya sebagai seorang Usahawan Internet. Jom kita baca bersama…

Semasa di awal penglibatan saya dahulu dalam bidang perniagaan internet ini saya tidak tahu di mana harus saya bermula..tapi alhamdulillah, ditakdirkan oleh Allah swt saya telah menemui ebook panduan yang betul-betul telah membimbing saya untuk berani memulakan perniagaan internet terutama sekali dalam bidang affiliate tempatan..ebook yang saya maksudkan tersebut ialah yang dihasilkan oleh Saudara Jamal Bahari, Usahawan Internet Malaysia, Rahsia Affiliate Kerajaan...Ebook tersebut betul-betul membantu saya untuk mengorak langkah demi langkah dalam bidang affiliate..Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang ebook di bawah anda boleh klik sahaja link ini.. http://tinyurl.com/rahsiaherokerajaan







Hari demi hari saya tidak pernah jemu mencari ilmu baru untuk memantapkan lagi ilmu saya dalam bidang yang saya minati ini..selepas saya memiliki ebook Jamal Bahari di atas sebagai sumber rujukan saya dalam bidang affiliate, saya terus memantapkan ilmu saya dengan ebook penulisan Rahman Basri yang juga membantu kejayaan saya dalam bidang affiliate. Klik banner ebook di bawah untuk maklumat lanjut tentang ebook hasil penulisan Rahman Basri ini..







FORMULA TINGKAT TRAFFIC DI BLOG DENGAN MUDAH.


Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. Panduan belajar Wordpress
2. Asli Softare
3. Lirik Musik Indo
4. Asing Music Lyrics
5. Free Templates
6. Jogja-Blogger
7. Tutorial Blogging | Internet Bisnis Online
8. pVidia Blog
9. Stop Dreaming Start Action (Jonru)
10. Bisnis di Internet
11. Blogging-Surfer
12. Tintalughahwi
13. Igauan
14. Ad-dai'
15. Galeri Kain Pasang & Buku Telaga Biru

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

P/S : Formula di atas terbukti berkesan untuk para blogger yang ingin tingkatkan traffic blog mereka..Rugi kalau tak cuba.. : )

Rahsia Pakar Usahawan Internet Didedahkan


Internet telah menyediakan kepada kita jalan pemasaran kos rendah. Ia telah memberikan alat-alat maya yang boleh memberikan keputusan yang boleh dibandingkan dengan keputusan hasil dari penggunaan teknik pemasaran popular yang lain.

Emel menyediakan spektrum baru kepada pemilik bisnes dalam menggunakan Internet sebagai medium pemasaran. Jutaan pengguna Internet menggunakan emel untuk menerima maklumat dengan cepat. Walaupun begitu, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati apabila menggunakan pemasaran emel sebagai strategi untuk mempromosikan produk atau servisnya. Artikel ini cuba untuk menjelaskan selok-belok dalam dunia pemasaran emel selain dari menyediakan tips dan cadangan tentang bagaimana untuk menggunakan pemasaran emel dengan betul.

Katakanlah, ada seorang pemilik bisnes memiliki sebuah produk yang bagus dan dia mahu menjualnya di Internet. Dia sudah pun mempunyai sebuah laman web sebagai portal untuk memudahkannya menerima pesanan dari pelanggan dan menyiarkan maklumat berkaitan dengan produknya itu. Laman webnya mengandungi maklumat yang lengkap dan berguna tentang produk tersebut selain mempunyai rekabentuk yang menarik. Masalahnya, tidak ada orang yang mengunjungi laman webnya yang hebat itu. Di samping menggunakan teknik pemasaran yang lain, dia juga menggunakan teknik pemasaran emel dalam usaha menarik pengunjung ke laman webnya sekaligus menukarkan mereka kepada pelanggannya.

Di bawah ini disediakan beberapa tips bagaimana untuk menggunakan teknik pemasaran emel secara berkesan:

- Penulisan yang menarik

Menggunakan metod pemasaran emel membolehkan seseorang pemilik bisnes itu mendedahkan lebih banyak maklumat tentang produk atau servisnya dalam usaha mempengaruhi pembaca untuk mendapatkan produknya itu. Ketika memasukkan iklan ke dalam emelnya, pemilik bisnes itu perlulah menjadikannya mudah untuk dibaca dan difahami oleh prospek.

Bahagian pertama emel itu hendaklah mampu menangkap perhatian pembaca. Baris pertama dalam kandungan emel tersebut mestilah mempunyai pembayang tentang apakah yang ingin disampaikan oleh penghantar melalui emel tersebut.

Maklumat yang cukup tentang produk itu hendaklah disertakan sekali dalam emel tersebut. Kandungan emel itu seboleh-bolehnya sudah pun mengandungi jawapan-jawapan untuk soalan umum dari para pembaca. Kemudian para pembaca hendaklah digesa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya setelah membaca emel tersebut. Kandungan emel itu hendaklah ditulis dengan begitu baik dan teliti sehingga dapat mempengaruhi pembaca segera mengunjungi laman web penghantar emel itu dan membuat pesanan produk berkaitan.

- SPAM

Peraturan paling asas dalam pemasaran emel; jangan sesekali melakukan spam! Spam adalah istilah yang digunakan untuk merujuk emel-emel yang tidak diundang. Spam bukan sahaja membosankan, bahkan menyemakkan inbox pengguna dan menghalang emel-emel lain yang lebih penting untuk tiba ke inbox penerima. Bagi mereka yang pernah menerima emel-emel spam tahu bahawa emel sampah yang berunsurkan komersial fizikal lebih senang untuk dijauhi berbanding dengan emel spam. Emel spam memakan ruang emel yang mana dihantar oleh pihak yang menggunakan perkhidmatan mass mailing secara tidak sah.

Ini semua hanyalah asas dalam pemasaran emel. Tidak kiralah apa yang anda ingin lakukan melalui pemasaran emel, jangan sesekali mendekati perbuatan spam. Bukan saja ianya mengundang bahaya kepada perniagaan anda, bahkan merosakkan kredibilit dan reputasi anda dan produk atau servis anda di mata komuniti Internet seluruhnya. Kesimpulannya, pemasaran emel merupakan strategi pemasaran yang sangat berkesan jika digunakan dengan betul dan mematuhi segala peraturan dan undang-undangnya...